"Merealisasikan Impian Anda"

Kami turut menyediakan perkhidmatan kerja-kerja kontrak sama ada sektor kerajaan atau swasta. Oleh itu kami menyahut dan mendaftarkan perniagaan kami kepada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sebagai pematuhan kontraktor berdaftar dan mematuhi standard binaan yang telah ditetapkan.
Kami juga memberikan fokus untuk membantu membina rumah kos rendah/sederhana bagi membantu masyarakat awam yang berhasrat mempunyai rumah dengan kadar terbaik. Ini juga bagi memenuhi kehendak dan kemahuan pelanggan kami yang mengambil khidmat rekabentuk rumah bersama kami dan mahu kami binakan sekali istana impian mereka.

SKOP KERJA

  • 1) Rumah kediaman baru
  • 2) Rumah tambahan kecil/sederhana
  • 3) Kerja-kerja pemasangan mozek
  • 4) Kerja-kerja mengecat bangunan (Kediaman @ Komersial)
  • 5) Kerja-kerja pendawaian eletrik (Kediaman @ Komersial)
  • 6) Ubahsuai dalaman kedai/pejabat
  • 7) Pemasangan dinding (partition)
  • 8) Kerja-kerja besi (pagar/grill/awning)
  • 9) Pemasangan karpet (Pejabat/Surau)

CONTOH