Pada zaman moden hari ini, kita semua sudah maklum bahawa penggunaan pelan di dalam pembinaan amatlah diperlukan. 

Mengapa ianya sangat diperlukan dan penting? Antaranya,

  • 1) Supaya kita sendiri tahu dan mendapat gambaran bagaimana bentuk kediaman yang kita mahukan. Ibarat kita meletakkan sebuah impian di dalam sebuah kertas dengan perincian butiran yang lengkap.
  • 2) Supaya pihak kontraktor@tukang faham dan jelas dengan kehendak kita berdasarkan pelan yang telah disediakan. Dan mereka bina mengikut apa yang telah disediakan.
  • 3) Dapatkan mengurangkan risiko berlaku salah faham. Sebuah pelan lengkap seperti perjanjian diantara kita dan kontraktor@tukang.

Dengan adanya sebuah pelan yang lengkap dan standard, pelbagai perkara dapat diuruskan dengan baik. Bukan itu sahaja, sekiranya anda menguruskan pembinaan rumah secara sendiri maka dengan pelan itulah kerja anda bakal dipermudahkan